Perkhidmatan Badal/Upah Haji
Firman Allah Taala :
“Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah”. (AQ Al-Baqarah : 196)
"Dan menjadi kewajipanlah bagi manusia terhadap Allah untuk mengunjungi rumah itu bagi yang sanggup berjalan di antara mereka" (AQ Ali Imran : 97)
PAKEJ
|
HARGA
|
HADIAH / CENDERAHATI
|
UPAH HAJI
|
RM 1,800.00
|
Sijil Upah Haji
Sejadah, Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
|
Dalam masalah berkuasa atau berkemampuan untuk mengerjakan haji dan umrah ini adalah berkuasa kepada dua bahagian :
1. Berkuasa atau berkemampuan dengan sendiri :
a) Berkuasa mengeluarkan belanja tambang dan segala perbelanjaan lain untuk melakukan pekerjaan haji dari mula hingga akhir.
b) Mempunyai bekalan dan perbelanjaan yang cukup bagi saraan nafkah orang yang dibawah tanggungannya,
c) Ada kenderaan pergi dan balik,
d)
Aman dalam perjalanan, yakni tidak ada marabahaya yang mengancam
keselamatan diri dan harta. Ini termasuklah juga tidak ada penyakit yang
membahayakan tubuh badan,
e) Sihat tubuh badan,
f) Berkesempatan masa untuk mengerjakan haji dan umrah.
Sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Dari
Anas r.a. katanya: Rasulullah s.a.w ditanya " Apakah yang dimaksudkan
dengan "sabil"? Rasulullah s.a.w. menjawab: " Bekalan dan perjalanan". (Riwayat- Daruqutni )
2. Berkuasa dengan bantuan orang lain.
a)
Orang yang mempunyai cukup syarat wajib haji, tetapi tidak dapat
mengerjakan hajinya sendiri kerana keuzuran dan sakit yang tidak ada
harapan akan sembuh, atau telah terlalu tua umurnya serta telah putus
asa tidak dapat pergi sendiri menunaikan hajinya.
b)
Orang yang telah meninggal dunia yang berupaya semasa hidupnya, tetapi
tidak mengerjakan haji, maka terhutanglah fardu haji atasnya sehingga
warisnya atau orang yang menerima wasiatnya menunaikan hutang hajinya
itu dengan upah atau secara sukarela.
Dalam masalah mengerjakan haji untuk orang lain atau upah haji ini, Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
Dari Laqit bin Amir r.a bahawa dia telah datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata: "Bahawa
bapa saya seorang yang telah tua, tidak berdaya menunaikan haji dan
umrah, dan tidak berkuasa mengikuti rombongan atau berjalan untuk
mengerjakan haji atau umrah" Rasulullah s.a.w. bersabda : " Tunaikanlah
haji untuk bapamu dan umrahnya sekali". (Riwayat - Abu Daud dan Tarmizi)
SYARAT - SYARAT WAKIL ATAU ORANG MENGAMBIL UPAH HAJI
Syarat-syarat untuk menjadi wakil atau mengambil upah menunaikan haji orang lain ialah :
1.
Orang itu telah pun menunaikan fardu haji untuk dirinya sendiri dengan
sempurnanya, Sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:- "Dari
Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w mendengar seorang lelaki berkata
ketika mengerjakan haji: " Aku sahut seruan mengerjakan haji
menggantikan Syubrumah". Lalu Rasulullah s.a.w. bertanya kepadanya:
"Sudahkah engkau mengerjakan haji untuk diri engkau sendiri" ? Jawab
lelaki itu, "Belum". Rasulullah s.a.w berkata kepadanya, kalau begitu
hendaklah engkau kerjakan haji untuk diri engkau sendiri dahulu,
kemudian engkau kerjakan haji untuk Syubrumah pula" (Riwayat-Abu Daud dan Ibnu Majah)
2. Hendaklah melakukan fardu haji untuk seorang sahaja bagi satu musim haji.
3.
Mestilah berihram pada miqat orang yang dihajikan itu atau pada tempat
yang sama jauhnya dengan miqat itu. Jika ditentukan kepadanya, maka
hendaklah dia berihram pada sesuatu miqat yang ditentukan, jika tidak
ditentukan, maka haruslah bagi orang yang mengambil upah itu berihram
pada miqat yang dilaluinya. Bagi orang yang berada di Mekah yang
mengambil upah haji, maka wajiblah dia keluar kepada miqat yang
dihajikannya, atau boleh juga pada mana-mana miqat yang lebih hampir
kepadanya. Jika dia berihram daripada miqatnya (di Mekah) nescaya
berdosa dan wajib atasnya dam.
4.
Hendaklah seorang yang cukup mahir bagi mengerjakan ibadat haji itu
dengan sempurnanya, seperti dia mengerjakan haji untuk dirinya sendiri.
SOAL JAWAP UPAH HAJI
1. Apakah hukum menghajikan orang yang telah meninggal dunia?
Jawapan
Jika orang yang telah meninggal dunia itu belum mengerjakan haji sedang dia ada meninggalkan harta maka hukumnya wajib dihajikan daripada hartanya. Kalau ia tidak ada harta peninggalan tidaklah wajib waris menghajikannya tetapi kalau dibuatkan adalah baik. Ini pada haji pertama. Adapun jika si mati sudah pernah mengerjakannya, semasa hidupnya maka tidaklah sah dihajikan lagi kecuali jika dia ada bernazar atau dia berwasiat supaya dihajikan.
Jawapan
Jika orang yang telah meninggal dunia itu belum mengerjakan haji sedang dia ada meninggalkan harta maka hukumnya wajib dihajikan daripada hartanya. Kalau ia tidak ada harta peninggalan tidaklah wajib waris menghajikannya tetapi kalau dibuatkan adalah baik. Ini pada haji pertama. Adapun jika si mati sudah pernah mengerjakannya, semasa hidupnya maka tidaklah sah dihajikan lagi kecuali jika dia ada bernazar atau dia berwasiat supaya dihajikan.
2.
Adakah wajib dihajikan orang yang telah meninggal dunia dari harta
peninggalannya sedangkan semasa hayatnya beliau belum lagi
menyempurnakannya walaupun kemampuannya telah mencukupi?
Jawapan
Ya, wajib di hajikan daripada harta peninggalannya kerana kewajipan itu tertakluk kepada harta dan menjadi tanggungjawab waris mengeluarkan bahagian hajinya.
Jawapan
Ya, wajib di hajikan daripada harta peninggalannya kerana kewajipan itu tertakluk kepada harta dan menjadi tanggungjawab waris mengeluarkan bahagian hajinya.
3. Apakah wajib ke atas si waris untuk menghajikan orang yang meninggal dunia yang tidak meninggalkan sebarang harta pusaka?
Jawapan
Tidak wajib.
Jawapan
Tidak wajib.
4. Apakah pahala yang dapat diperolehi jika mengerjakan haji bagi orang yang meninggal dunia?
Jawapan
Orang yang mengerjakannya dapat pahala membantu dalam perkara kebajikan. Orang yang mati itu pula gugur kewajipan
Jawapan
Orang yang mengerjakannya dapat pahala membantu dalam perkara kebajikan. Orang yang mati itu pula gugur kewajipan
5.
Bolehkah seorang yang tua atau uzur kerana sakit dan tidak ada harapan
sembuh mewakilkan kepada orang lain untuk mengerjakan haji bagi dirinya?
Jawapan
Ya. Boleh mewakilkan orang lain jika ia tidak ada harapan lagi untuk mengerjakan hajinya sendiri. Orang ini termasuk dalam erti kata "makdhub".
Jawapan
Ya. Boleh mewakilkan orang lain jika ia tidak ada harapan lagi untuk mengerjakan hajinya sendiri. Orang ini termasuk dalam erti kata "makdhub".
6. Bolehkah seorang wanita mengerjakan haji untuk seorang lelaki yang meninggal dunia?
Jawapan
Boleh.
Jawapan
Boleh.
7. Bolehkah seseorang mengerjakan haji untuk orang yang meninggalkan dunia lebih dari seorang?
Jawapan
Setiap orang hanya boleh mengerjakan haji untuk seorang di dalam satu-satu tahun itu.
Jawapan
Setiap orang hanya boleh mengerjakan haji untuk seorang di dalam satu-satu tahun itu.
8. Bolehkah seorang mengerjakan umrah untuk orang lain sesudah dia mengerjakan haji dan umrah wajibnya?
Jawapan
Ya. Boleh.
Jawapan
Ya. Boleh.