Profile Syarikat

KRS Travel Sdn Bhd ditubuhkan dengan matlamat untuk mengendalikan urusan perjalanan, pengembaraan dan pelancongan tuan / puan sekeluarga yang dihormati dengan teratur dan selesa serta selaras dengan konsep perjalanan yang dituntut oleh Islam.

Untuk memenuhi matlamat ini, KRS Travel Sdn Bhd telah menyediakan pelbagai kemudahan serta perkhidmatan dan insyaAllah akan terus mempertingkatkannya.

Perkhidmatan yang disediakan :

a) Pakej Umrah, Haji PJH & Upah Haji
b) Pakej Pelancongan Dalam & Luar Negara
c) Pakej Berbulan Madu / Pakej Pelajar
d) Tempahan Tiket Penerbangan, Pengangkutan & Hotel

Untuk Jemaah Umrah yang pergi bersama kami akan diberi cenderahati seperti beg besar, beg kecil, uncang kasut, air zam-zam dan buku panduan umrah. Di samping itu, kami juga akan mengadakan kursus umrah untuk jemaah sebelum berlepas ke tanah suci.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi peluang keemasan kepada syarikat pelancongan kami untuk memberi perkhidmatan kepada pihak tuan. Kami juga berjanji akan menentukan untuk memberi perkhidmatan yang terbaik dan setimpal dengan harga yang dibayar oleh para pelanggan yang dihormati.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi pihak kami.

 
" Ibadat Umrah dan Haji Kita Utamakan, Baitullah di Ziarahi "