Tempahan dan Dokumen Permohonan Visa Umrah

TEMPAHAN UMRAH & ZIARAH

  1. Borang hendaklah diisi dengan lengkap dan di tandatangani. Satu borang untuk setiap peserta.
  1. Setiap tempahan hendaklah disertakan dengan wang pendahuluan sebanyak RM1,000.00 dan bayaran penuh hendaklah dijelaskan 30 hari sebelum berlepas.
  1. Pembayaran boleh dibuat secara:
    • Datang sendiri ke pejabat KRS Travel Sdn. Bhd. yang terdekat dan pastikan resit bayaran dikeluarkan.
    • Masukkan terus ke dalam akaun bank :
Nama Akaun : KRS Travel Sdn. Bhd.
Bank : CIMB
No. Akaun : 0506 001579 3054
Bank : MBB
No. Akaun : 5051 2150 1925
Bank : BIMB
No. Akaun : 0501 201007 3683
Bank : HSBC
No. Akaun : 0510 3005 4021
Fax kan slip pembayaran ke talian : 06-677 0066 atau emailkan kepada krs_travel@hotmail.com
.
  1. Kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah hanya dikenakan harga tiket penerbangan, insuran dan visa (1,500 -+) kecuali visa ziarah.
  1. Kanak-kanak berusia 2 - 12 tahun (berpandukan tarikh lahir surat beranak) dikenakan bayaran 80% daripada harga pakej kecuali visa ziarah, cuti sekolah, Ramadhan dan Penerbangan Carter MAS.
  1. Harga pakej atau aturcara perjalanan yang ditawarkan adalah tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.
  1. Pembatalan tertakluk kepada Terma & Syarat tempahan yang dilampirkan.


DOKUMEN PERMOHONAN VISA

1. LELAKI




a)
Pasport





Pasport antarabangsa yang mempunyai tempoh sahlaku tidak kurang daripada 6 bulan sebelum tarikh penerbangan dan mempunyai sekurang-kurangnya 4 muka surat kosong.




b)
Gambar





4 keping gambar berukuran saiz 6cm x 4cm. Berlatar belakangkan warna putih. Bagi lelaki tidak di galakkan memakai songkok, kopiah, topi atau sebagainya. Bagi wanita hendaklah memakai tudung berwarna gelap.




c)
Sijil Suntikan Meninggitis (ACYW-135)



2. PEREMPUAN / ISTERI




a)
Pasport





Pasport antarabangsa yang mempunyai tempoh sahlaku tidak kurang daripada 6 bulan sebelum tarikh penerbangan dan mempunyai sekurang-kurangnya 4 muka surat kosong.




b)
Gambar





4 keping gambar berukuran saiz 6cm x 4cm. Berlatar belakangkan warna putih dan mengenakan tudung berwarna gelap.




c)
Sijil Suntikan Meninggitis (ACYW-135)




d)
Salinan Sijil Nikah



3. KANAK-KANAK BAWAH 18 TAHUN




a)
Pasport





Pasport antarabangsa yang mempunyai tempoh sahlaku tidak kurang daripada 6 bulan sebelum tarikh penerbangan dan mempunyai sekurang-kurangnya 4 muka surat kosong.




b)
Gambar





4 keping gambar berukuran saiz 6cm x 4cm. Berlatar belakangkan warna putih.Bagi lelaki tidak di galakkan memakai songkok, kopiah, topi atau sebagainya dan perempuan mengenakan tudung berwarna gelap.




c)
Sijil Suntikan Meninggitis (ACYW-135)




d)
Salinan Sijil Lahir



4. WANITA TANPA MAHRAM




a)
Pasport





Pasport antarabangsa yang mempunyai tempoh sahlaku tidak kurang daripada 6 bulan sebelum tarikh penerbangan dan mempunyai sekurang-kurangnya 4 muka surat kosong.




b)
Gambar





4 keping gambar berukuran saiz 6cm x 4cm. Berlatar belakangkan warna putih dan mengenakan tudung berwarna gelap.




c)
Sijil Suntikan Meninggitis (ACYW-135)




d)
Isteri Tanpa Suami





Salinan sijil nikah dan salinan kad pengenalan suami.




e)
Ibu Tunggal





Salinan sijil lahir anak lelaki yang cukup umur dan salinan kad pengenalan atau salinan sijil lahir diri sendiri dan salinan kad pengenalan bapa.




f)
Perempuan Belum Berkahwin





Salinan sijil lahir diri sendiri, salinan sijil lahir adik-beradik lelaki yang cukup umur dan salinan kad pengenalan atau salinan sijil lahir diri sendiri dan salinan kad pengenalan bapa.




g)
Cucu / Nenek





Salinan sijil lahir dan salinan kad pengenalan bapa. Surat pemberi izin dari penjaga (anak).




h)
Ibu Mertua





Salinan sijil lahir anak perempuan, salinan sijil nikah dan salinan kad pengenalan suami anak perempuan.




i)
Kakak / Adik Ipar





Salinan sijil lahir diri sendiri, salinan sijil lahir adik-beradik lelaki yang cukup umur dan salinan kad pengenalan atau salinan sijil lahir diri sendiri dan salinan kad pengenalan bapa serta kakak / adik kandung mesti ikut bersama.




j)
Pembantu Rumah





Majikan atau keluarga majikan mesti ikut bersama. Surat izin dari majikan. Permit kerja 6 bulan dengan nama majikan tertulis di dalam permit kerja. Setiap nama pembantu rumah mesti disertakan nama bapa yang tertulis BINTI.




k)
Kumpulan Wanita





Surat izin daripada suami / anak / abang / adik lelaki beserta salinan sijil nikah dan salinan kad pengenalan suami / salinan sijil lahir diri sendiri / salinan sijil lahir anak lelaki cukup umur dan salinan kad pengenalan anak lelaki / salinan sijil lahir abang atau adik lelaki dan salinan kad pengenalan abang atau adik lelaki.




l)
Warga Asing





Salinan permit kerja / visa pelajar yang tempoh sah laku tidak kurang 6 bulan atau salinan kad pengenalan.
Permohonan untuk warganegara asing tidak mempunyai dokumen di atas tidak dilayan sama sekali kecuali mempunyai hubungan suami isteri dengan warganegara.
- Pembantu rumah yang pergi perlu diiringi oleh tiap-tiap majikan.
- Pekerja warganegara asing perlu disertakan bersama surat pengesahan daripada majikan tempat bekerja.